PUTRAJAYA, 5 OGOS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpukan kepada tindakan penguatkuasaan terhadap penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi secara "decanting" iaitu proses pemindahan secara haram LPG daripada tong bersubsidi ke tong komersial, yang dikenal pasti antara punca utama berlaku ketirisan.